
Free Class For Govs
Jumaat, 25 Julai 2025
Taklimat Tech Update Canva: Memahami Lesen Canva untuk Sektor Kerajaan
Sesi 1 jam yang direka khas untuk penjawat awam bagi memahami perbezaan lesen Canva, cara pembelian yang sah, dan kelebihan Canva Enterprise untuk organisasi besar.
Fakta menarik: Twenty-Four Consulting adalah Canva Certified Agency & Reseller Partner pertama di Malaysia.

Oleh Adam Zakaria
Account Manager @ Twenty-Four Consulting

Oleh Adam Zakaria
Account Manager @ Twenty-Four Consulting
Mengenai Sesi Ini
Ramai penjawat awam sudah menggunakan Canva untuk membuat poster, laporan, dan bahan komunikasi — tapi tak ramai yang benar-benar faham tentang jenis lesen yang ditawarkan serta cara pembelian yang sah.
Sesi ini direka untuk menjawab soalan-soalan penting seperti:
- Apa beza antara Canva Free, Pro, Teams dan Enterprise?
- Boleh ke beli terus dari laman web?
- Apa ciri eksklusif dalam Canva Enterprise yang sesuai untuk organisasi kerajaan?
Peserta akan keluar dari sesi ini dengan kefahaman yang lebih jelas tentang proses pembelian, dokumen yang diperlukan, serta cara mengelakkan pembelian daripada sumber tidak sah.
Butiran Sesi
Siapa Patut Hadir?
- Penjawat awam yang menggunakan Canva dan ingin tahu beza lesen dengan lebih jelas
- Pegawai IT, perolehan, atau pentadbiran yang terlibat dalam pembelian perisian
- Pasukan komunikasi, branding atau transformasi digital
- Mana-mana pegawai yang sedang menilai atau menyediakan permohonan lesen Canva
- Terbuka kepada semua kementerian, jabatan, agensi & badan berkanun
Apa Yang Anda Akan Pelajari
- Beza antara lesen Canva: Free, Pro, Teams dan Enterprise
- Ciri-ciri Canva Enterprise yang sesuai untuk organisasi besar
- Cara beli lesen Canva melalui saluran sah dan patuh proses perolehan
- Kesilapan biasa semasa pembelian dan cara elakkan pembelian tidak sah
- Panduan untuk minta sebut harga atau memulakan proses perolehan
Agenda Sesi
Kenapa Sertai Kami?
- Sesi singkat tapi padat – sesuai walaupun anda sibuk
- Dijelaskan oleh jurulatih dari Canva Certified Partner & Reseller di Malaysia
- Info tepat untuk bantu proses permohonan & pembelian lesen
- Sijil digital diberikan kepada peserta yang hadir penuh
- Ruang soal jawab disediakan
Soalan Lazim (FAQs)
Penceramah

Oleh Adam Zakaria
Account Manager @ Twenty-Four Consulting

Oleh Adam Zakaria
Account Manager @ Twenty-Four Consulting